Selepas lebih 40 tahun, kenapa masih membanggakan 13 Mei? – Shahbudin Husin

January 20, 2014 at 1:51 pm Leave a comment

JANUARY 20, 2014

Tindakan sekumpulan penyokong Umno mengadakan demontrasi mempertahankan Najib yang telah “dikangkungkan” sejak lebih seminggu lalu, bukanlah sesuatu yang luar biasa. Adalah menjadi hak dan kebebasan mereka untuk berbuat demikian, lebih-lebih lagi ia merupakan tindak balas terhadap apa yang telah menimpa Najib sendiri.

Apa yang luar biasa ialah mengaitkan perhimpunan itu dengan unsur-unsur perkauman dan tragedi 13 Mei 1969. Walaupun kejadian bagaimana Najib “dikangkungkan” tiada langsung berunsur perkauman, sebaliknya adalah respons menyeluruh melibatkan semua bangsa yang rasa tidak tidak puas hati dengan peningkatan harga barang yang gagal dikawal oleh kerajaan sejak kebelakangan ini, tetapi membawa sepanduk dan kata-kata yang berkaitan dengan provokasi 13 Mei jelas merupakan sesuatu yang malang.

Nampaknya, mereka yang cuba mempertahan dan membela Najib telah gagal memahami isu yang sebenarnya. Isunya ialah berkaitan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup dan tindakan menyuapkan replika Najib dengan kangkung juga sama sekali tidak berunsur perkauman walaupun ia dilakukan oleh seorang wakil rakyat berbangsa Cina.

Kalau mahu dikatakan ia penghinaan pula, tentulah perbuatan melakukan aksi tarian punggung dan menghantar kek berbentuk najis kepada Lim Guan Eng, lebih jauh merupakan penghinaan dan tidak bertamadunnya dalam melakukan serangan politik.

Oleh itu, dalam menyerang balas tindakan yang berunsur politik ini, lebih-lebih lagi sebagaimana yang selalu ditekankan oleh Khairy Jamaluddin bahawa hujah mestilah dilawan dengan hujah, membawa elemen perkauman dan mengungkit peristiwa berdarah 13 Mei adalah langkah ke belakang dan tidak bijak.

Bagaimana Najib “dikangkungkan” seharusnya dilawan dengan hujah lebih baik dan bernas. Kebangkitan hampir seluruh rakyat daripada segenap bangsa dalam isu kangkung ini menunjukkan rakyat mahukan jawapan dan penyelesaian dalam menangani kenaikan kos sara hidup.

Jawapan yang ditunggu oleh rakyat ialah bagaimana kerajaan seharusnya menggunakan kuasanya sebagai kerajaan dalam perkara ini dan bukannya menyalahkan pihak lain seperti orang tengah dan sebagainya.

Dengan menyalahkan orang tengah semata-mata sebagaimana kata Tengku Adnan Tengku Mansor hanyalah menunjukkan betapa lemah dan tidak bermayanya kerajaan dalam mengurus sesuatu isu dan ini lebih membeti insprasi agar kerajaan yang ada ditukar kepada kerajaan yang lebih tahu menggunakan kuasanya.

Berhimpun dan berdemo tidak menjadi kesalahan dan ia mungkin salah satu cara meluahkan perasaan tetapi serangan yang dilakukan mestilah bijak. Mengancam dengan peritiwa 13 Mei dalam isu kangkung dan kenaikan harga barang ini langsung tidak mencerminkan kematangan dan persembahan hujah yang baik dalam politik.

Setelah lebih 40 tahun berlalu, peristiwa 13 Mei sepatutnya semakin dilupakan dan bukan sering diingati serta dijadikan alat provokasi terhadap kaum lain.

Terus-menerus membangkitkan peristiwa 13 Mei bukan saja merenggangkan lagi hubungan antara kaum, bahkan meretakkan hubungan sesama komponen BN sendiri. Masyarakat bukan Melayu pula akan terus menjauhi Umno, BN dan kerajaan selagi peristiwa 13 Mei ini sering diungkit dan dijadikan alat provokasi politik.

Generasi muda pula tentulah lebih tidak senang dengan ancaman 13 Mei ini kerana ia adalah sketsa sedih yang tidak mahu dikenang lagi oleh mereka.

Orang Melayu pula tidak seharusnya berbangga dengan 13 Mei itu. Ini kerana 13 Mei bukanlah cerita kejayaan yang perlu dibangga-banggakan, sebaliknya ia juga menampakkan sisi kegagalan sebagai sebuah bangsa. Untuk terus berjaya, kita seharusnya sentiasa melihat ke hadapan dan bukannya sering menoleh-noleh ke belakang ketika sedang berlari.

Oleh kerana sentimen dan provokasi 13 Mei ini dibangkitkan di Pulau Pinang, adalah dijangkakan selagi irama peristiwa berdarah 13 Mei terus dibangkitkan, harapan BN untuk terus menawan negeri itu kekal dalam “pelukan mimpi”. – shahbudindotcom, 20 Januari, 2014.

Entry filed under: Uncategorized. Tags: .

Kangkung & May 13 Putrajaya must not allow spiral of violence to start, says DAP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Recent Posts

IN MEMORY OF ALL VICTIMS OF MAY 13, 1969


%d bloggers like this: