A Gerakan veteran emerged today to back PAS president Abdul Hadi Awang, who accused Umno of masterminding the May 13 racial riots in 1969.Hadi told a political rally in Kuala Kangsar, Perak, on Monday that the bloody racial riots 44 years ago were orchestrated by Umno to cling on to power.

NONE“May 13 was not an ethnic phenomenon. It was a political occurrence,” former Gerakan leader Goh Cheng Teik told Malaysiakini.

“Only those who were members of Umno or associated with it were involved. PAS members had nothing to do with May 13.”

Goh, 70, who served as a deputy minister and a Penang executive councillor 25 years, had done extensive research on the riots when he was a lecturer at Universiti Malaya and published a book, ‘The May Thirteenth Incident and Democracy in Malaysia’, in 1971.

He joined politics three years later and was appointed parliamentary secretary to then prime minister Abdul Razak Hussein.

According to Goh, the riots in Kuala Lumpur started even before the counter-procession was held by Umno in response to opposition victory marches in the wake of the unprecedented gains by PAS, DAP and Gerakan in the 1969 general election.

“Members, supporters and well-wishers of a ruling party that prides itself in upholding the rule of law rioted before the start of a ‘victory’ procession in front of the official residence of the state chief minister,” he said.

A day of shame and sorrow

Goh still believes there was no need for the nationwide declaration of the State of Emergency as the violence was localised, much like the recent militant incursion into Lahad Datu in Sabah, and argued that the riots were mostly politically-driven.

NONE“That is why the disturbances were not national in character, according to (then prime minister) Tunku Abdul Rahman, but virtually confined to Kuala Lumpur.

“No serious breach of the peace or act of violence took place in any other part of Peninsular Malaysia on or after May 13.”

The declaration of Emergency paved the way for the suspension of Parliament.

Goh, who holds the distinction of being Malaysia’s first Harvard scholar, is currently an adjunct professor with Sunway University.

Asked why he was speaking out on the issue now, he said young people today should know the truth behind May 13, an issue repeatedly raised in the ongoing campaign for Sunday’s general election.

“May 13 was not a day of glory for Malaysians. It was a day of shame and sorrow,” lamented Goh.

UMNO cetuskan tragedi 13 Mei?

UMNO cetuskan tragedi 13 Mei?

KUALA KANGSAR – Walaupun sejarah telah mencatatkan bahawa tragedi 13 Mei bermula daripada provokasi pembangkang, tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat cuba membela rakan sekutunya apabila menuduh UMNO mencetuskan rusuhan kaum pada 1969 itu.

Dalam satu ceramah di Arena Square di sini malam tadi, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa persengketaan antara kaum itu didalangi oleh UMNO untuk mengekalkan kuasanya.

“Pas pernah bekerjasama (dengan UMNO) dari 1970 hingga 1978 selepas 13 Mei, kita menyedari 13 Mei adalah provokasi yang dibuat oleh UMNO, kekacauan untuk mengekalkan kuasanya.

“(Tragedi) 13 Mei tidak berlaku di Kelantan, tidak berlaku di Terengganu dan tidak berlaku di Kedah. Kekacauan berlaku di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, negeri tempat BN perintah masa itu,” katanya.

Dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 1,000 penyokong pembangkang itu, Abdul Hadi juga cuba menidakkan kebaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan mendakwa pendekatan itu sebagai tidak bijak.

Ketika rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah menyambut baik pemberian BR1M, Abdul Hadi pula mendakwa kononnya bantuan itu bermotif politik.

Abdul Hadi sekali lagi melemparkan tohmahan apabila menyatakan kononnya BR1M hanya diberi ketika dekat pilihan raya sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah menyalurkan bantuan itu sejak tahun lalu lagi.

Peliknya, selepas memburuk-burukkan tindakan kerajaan menyalurkan BR1M, Abdul Hadi mengalu-alukan orang ramai untuk mengambil bantuan tersebut.

“Dia bagi BR1M, ambil. Itu duit kita tetapi kalau kita sudah kaya, bagi dekat orang miskin. Kalau tidak jumpa orang miskin, bagi dekat kami, kami buat bendera banyak-banyak,” katanya.

-utusan.com

Hadi Awang dakwa 13 Mei provokasi Umno

Gambar oleh: Mohd Nor Syafiq Safian

Oleh Azizul Osman (azizul@abnxcess.com)

KUALA KANGSAR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membangkitkan tragedi 13 Mei dengan mendakwa ia adalah provokasi Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kuasa di negara ini.

Katanya  Pas keluar daripada BN pada 1970 disebabkan oleh tindakan yang diambil kepimpinan BN pada masa itu untuk menimbulkan kekacauan pada tahun 1969.

Ujar beliau kekacauan pada tarikh itu hanya berlaku di negeri-negeri di bawah BN seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Mengapa tak boleh kerjasama dengan Umno? Tahun 70 Pas pernah kerjasama. Selepas 13 Mei Pas menyedari adalah provokasi yang dibuat oleh Umno kekacauan untuk mengekalkan kuasa dia, 13 Mei tidak berlaku di Kelantan tak berlaku di Terengganu tak berlaku di Kedah negeri yang kuat Pas.”

Kenyataan Hadi itu dibuat di hadapan lebih 5,000 penduduk Kuala Kangsar dalam majlis lawatan beliau ke Perak.

Sehubungan itu, katanya Pas bertindak mengadakan kerjasama dengan parti politik lain untuk membentuk kerajaan lain.

Permuafakatan antara tiga parti pembangkang, katanya adalah sangat berbeza di mana masih mengekalkan identiti parti masing-masing.

“Kerjasama Pas dan DAP, kerjasama DAP dengan Pas bersama PKR tidak sama dengan BN.  Kerjasama BN menghilangkan jati diri Umno , menghilangkan keperibadian MCA, menghilangkan kewibawaan orang India kerana dipengaruhi oleh politik wang politik menyeleweng , politik yang penuh dengan kepalsuaan dan kemungkaran.”

Beliau menegaskan mengikut ajaran Islam, ia membentuk golongan muslim untuk bekerjasama dengan bangsa lain tanpa mengira perbezaan agama.

Hadir sama Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.